بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Allah SWT berfirman: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik".
(Surah An-Nahl 16:125)

Friday, 23 December 2011

Khutbah Bersejarah


Di Masjidil Haram berkumpul sebilangan besar manusia. Kaum muslimin dan musyrikin,kawan dan lawan,duduk berdampingan. Keagungan Islam dan kebesaran Nabi Muhammad SAW menghadirkan pemandangan agung di Masjid yang mulia itu. Ketenangan meliputi Makkah Al-Mukarramah. Kini tiba saatnya bagi Nabi Muhammad SAW untuk memperlihatkan wajah dakwahnya yang sesunggunya kepada manusia, dan harus menyempurnakan misinya yang sudah dimulainya akibat tentangan daripada kaum musyrikin.

     Kesombongan berdasarkan asal-usul keturunan atau suku merupakan salah satu penyakit masyarakat Arab yang berakar. Kebanggaan terbesar seseorang adalah bila dia menjadi anggota suku terkenal seperti Quraisy. Nabi mengutuk tradisi pemikiran batil ini. Baginda SAW bersabda:

     “Wahai manusia! Dengan Islam, Allah telah menghapus daripada kamu rasa kebanggaan jahiliah dan kesombongan berdasarkan keturunan. Semua adalah keturunan Nabi Adam A.S, dan Adam diciptakan daripada tanah. Yang terbaik antara kamu adalah yang paling bertakwa dan soleh.

     Untuk membuat orang mengerti bahawa criteria keutamaan hanya ketakwaan, maka dalam salah satu khutbahnya, Nabi Muhammad SAW membahagi manusia ke dalam dua kategori, dan menyatakan bahawa hanya mereka yang bertakwa yang berhak mendapat kemuliaan dan keutamaan. Melalui pembahagian ini, baginda SAW menghapus semua pangkat dan kedudukan. Baginda SAW berkata:

     “Di hadapan Allah, manusia terdiri daripada dua kategori. Yang pertama adalah orang-orang yang bertakwa, yang mulia di hadapan Allah. Yang kedua adalah orang derhaka dan pembuat dosa yang rendah dan hina di sisi-Nya.”

No comments:

Post a Comment