بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Allah SWT berfirman: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik".
(Surah An-Nahl 16:125)

Wednesday, 28 December 2011

Menghidupkan Sunnah Nabi SAW


Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tirmizi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Tabrani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

Tanda-Tanda Terkena Santau & Cara-Cara Menghindarinya

  • Mimpi pelik2
  1.  Dipatuk ular
  2. Terjumpa khinzir
  3. Mimpi benda tajam 
  • Bangun dari tidur & ada kesan lebam2
  • Batuk berdarah berlarutan
  • Sakit belakang
  • Lenguh sendi
  • Period yang tak tentu
  • Istihadah
  • Setiap kali mengandung keguguran selepas 3 bulan
  • Nafas bau pelik
  • Mata lebam selepas bangun dari tidur
  • Kuku biru dan lebam tanpa sebab
  • Gatal2 dan miang
 
Cara-cara menghindarinya

  • Membaca al fatihah
  • Ayat kursi
  • Baca Surah Al-Furqan ( ayat 1-3 )
  • Baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An Nas ( 3 kali ) sebelum tidur

Saturday, 24 December 2011

-Hijab Kaum Hawa-

Allah SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada wanita2 beriman agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluannya; dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang zahir ( seperti kedua mata kerana keperluan untuk melihat jalan, atau bahagian luar dari kedua tapak tangan ). Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya ), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak2 lelaki mereka, atau anak2 lelaki suami mereka, atau anak2 lelaki saudara lelaki mereka, atau anak2 lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan2 ( sesame Islam ) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki ( tua ) yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap wanita ), atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman, agar kamu beruntung.”

(Surah An-Nur:31)

Friday, 23 December 2011

Tanda Kenabian Rasulullah


Sa’ib bin Yazid r.a. meriwayatkan: “ Ibu saudaraku membawa saya menghadap Rasulullah SAW. Dia berkata: ‘ Wahai Rasulullah! Anak saudaraku ini sakit.’ Maka Baginda mengusap kepalaku dan mendoakan keberkatan untukku, lalu Baginda berwuduk. Kemudian saya minum air bekas air wuduk Baginda. Setelah itu, saya berdiri di belakang Baginda, seketika saya melihat tanda kenabian di antara kedua-dua pundak (bahu) Baginda, bentuknya seperti kancing tirai.”
(Riwayat Tirmizi, Bukhari dan at-Tabrani)