Jatuh pada 10 Muharram.Sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura akan diberi pahala sebanyak 10000 malaikat, pahala sebanyak 10000 orang berhaji dan berumrah.dan pahala sebanyak 10000 orang mati syahid.
Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada Hari Asyura Allah SWT akan menaikkan setiap rambut yang diusap satu darjat.
Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, seolah-olah dia member makan kepada seluruh umat Rasulullah berbuka puasa.”
Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, adakah Allah telah melebihkan Hari Asyura daripada hari-hari lain?
Rasulullah SAW menjawab: “Ya, memang benar. Allah Taala telah menjadikan langit dan bumi, menjadikan laut, menjadikan bukit-bukit, menjadikan Nabi Adam a.s dan Hawa, lahirnya Nabi Ibrahim, menenggelamkan Fir’aun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s, menerima taubat Nabi Adam a.s, mengampunkan dosa Nabi Daud a.s, mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada Hari Asyura”.
No comments:
Post a Comment